Wednesday, March 25, 2015

Satay Sedap di Shah Alam

Aduhhh lama plak dah tak tulis blog. Kebetulan sekarang tengah cuti , boring lah pulak. Petang2 macam ni tetiba  teringat satay sedap kat Shah Alam sanaa!!


Kalau kat shah alam ada dua tempat favourite untuk saya makan satay hehe and ada dua kategori gak! Nak murah ke nak mahal

Dua tempat fav untuk makan satay kat shah alam ialah 
1) Satay Shah Alam ( di Uptown Shah Alam)
2) Satay Kapar ( di Pasar Malam Padang Jawa)

Satay Shah Alam di Uptown shah alam tu antara satay yang paling sedap yang pernah saya rasaa!! Paling Favourite satay Ayam dia! dah 3 kali pergi makan kat sana, sangat puas hati. Ajak kawan2 pi makan kat sana,depa pon dah ketagih sekali haha . Sekarang pun dok termpimpi mimpi nak makan lagi.

Cuba tengok gambaq ni !!!
Satay Ayam RM0.80 secucuk. Sedap!

Satay Shah Alam dkt Uptown ni especially satay ayam dia mmg terbaik lah. Besar and memang puas hati bila makan :D My fav number 1 satayy,Satay Ayam!! . Tapi kalau nak pi sana makan kat sana kena pergi lewat2 sikit. Sebab gerai satay tu buka lambat. Pukul 9 malam macam tu just nice lah!!!


Okayyy satay kedua fav sy ni murah sikit daripada satay tadi. Rm0.50 secucuk je beb ,Satay Kapar. Satay Kapar ni ada jual setiap hari Jumaat di Pasar Malam Padang Jawa, Shah Alam . Setiap Kali pergi beli mesti ramai orang. tak pernah pergi tak ramai orang. Maybe sebab harganya murah and sedap kot :D 


Kalau ttba perut ni nak makan satay, kalau tgh loaded gi lah makan satay kat uptown tu hehe kalau bajet tengah kurang biasanya sy beli satay kapar kat pasar malam padang jawa tu jeee.. Gambar satay kapar ni xde XD hahaha xpernah pulak rasa mcm nak amik gambar. Cepat Ngap je >.<



Setakat ni dua satay ni jelah yg bertakhta di hati ni. hehe Satay lain pon makan jugaaa. Tapi ni lah yang paling favourite ! Sambung lagi lain kali. Xtau nak tulis apa dah Okbai